fbpx

GP Kanada batal, Turki ambil alih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGANJURAN GP Kanada terpaksa dibatalkan ekoran kerajaan negara itu mengenakan syarat perjalanan yang ketat. – AFP

LONDON – Perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Kanada yang sepatutnya dilangsungkan pada 11 hingga 13 Jun depan telah dibatalkan susulan arahan kerajaan yang mahukan setiap individu yang mahu ke negara itu perlu menjalani kuarantin mandatori 14 hari.

Keputusan itu disahkan oleh Presiden F1, Stefano Domenicali selepas kegagalan mendapat kelonggaran eksklusif daripada kerajaan sekali gus menyaksikan slot kosong waktu itu akan diberi kepada GP Turki.

Situasi ini disebabkan Kanada mencatatkan peningkatan kes pandemik Covid-19 yang memasuki gelombang keempat khususnya di wilayah Ontario, Quebec.

“Kami sangat kecewa untuk mengesahkan bahawa saingan F1 musim ini tidak akan dilangsungkan di Kanada dengan GP Kanada yang dijadualkan berlangsung di Litar Gilles Villeneuve, Montreal terpaksa dibatalkan.

“Saya mahu mengucapkan te­rima kasih kepada penganjur GP Kanada atas usaha keras mereka sepanjang bulan ini untuk me­nerima kehadiran pasukan tetapi arahan kuarantin selama 14 hari itu sukar untuk dipatuhi. Jus­teru, saingan F1 pada tarikh tersebut akan diberikan kepada GP Turki,” katanya.

Dalam masa yang sama, F1 turut mengesahkan kontrak pe­nganjuran untuk GP Kanada te­lah dilanjutkan selama dua tahun dengan jangkaan berakhir pada edisi 2031.

Sebagai rekod, peranca­ngan untuk perlumbaan F1 pada musim ini telah dilakukan pada 23 pusingan GP dengan venue baharu penganjuran akan dilangsungkan di Arab Saudi yang berkonsepkan perlumbaan jalan raya di Litar Jeddah pada 5 Di­sember depan.

Saingan F1 edisi 2021 sudah memasuki pusingan ketiga di GP Portugal yang mana perlumbaan akan berlangsung di Litar Antarabangsa Portimao pada Ahad ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI