fbpx

Covid-19 : SM Imitiaz Setiu diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kakitangan Jabatan Kesihatan Terengganu sedang melakukan kerja-kerja sanitasi di sebuah bilik darjah SM Imtiaz Setiu, Saujana semalam.

SETIU – Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Setiu, Saujana di sini diarahkan tutup selama 14 hari sehingga 11 Mei depan selepas seorang guru dan 11 pelajarnya disahkan positif Covid-19.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, pihaknya juga telah melakukan saringan Covid-19 secara bersasar terhadap guru dan pelajar SM Imtiaz Setiu berkenaan pada semalam.

“Saringan itu bagi mengesan secepat mungkin kes positif Covid-19 dalam kalangan guru dan pelajar sekolah itu.

“Ia membolehkan mereka diasingkan dan diberi rawatan bagi memutuskan rantaian virus tersebut secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nor Azimi berkata, penutupan SM Imtiaz Setiu selama 14 hari bermula kelmarin itu bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan di premis berkenaan.

Dalam pada itu, beliau mengakui selain sekolah rendah, sukar untuk mengawal pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sekolah berasrama kerana bilangan pelajar yang ramai dan mudah untuk bersesak.

“Pelajar asrama sangat akrab, makan sepinggan dan tidur sekatil itu biasa namun paling utama pastikan guru, pelajar dan kakitangan yang bergejala atau mempunyai kontak rapat tidak hadir ke sekolah,” katanya.

Nor Azimi juga menasihatkan guru-guru agar sekurang-kurangnya memakai pelindung muka sewaktu mengajar bagi mengelakkan titisan air liur terkena pelajar atau permukaan kelas sewaktu sesi pembelajaran. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI