KOTA KINABALU – Seorang lelaki terpaksa mendapatkan bantuan anggota bomba selepas cincin yang dipakai di jari kelingking tangan kanannya tersekat dalam kejadian kelmarin.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan Unit Kecemasan, Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada pukul 9.51 pagi untuk mendapatkan bantuan membuka cincin yang tersekat di jari seorang lelaki terbabit.
“Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu digerakan ke lokasi kejadian dengan jarak dua kilometer dari balai bomba.
“Pasukan bomba kemudian bertindak dengan menggunakan peralatan khas iaitu ‘grinder’ kecil untuk memotong cincin berkenaan pada bahagian jari kelingking tangan kanan mangsa yang berusia 45 tahun,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, cincin dipakai mangsa berjaya ditanggalkan dan operasi tamat pukul 11.07 pagi.
“Mangsa cedera di jari kelingking sebelah kanan,” katanya. – K! ONLINE