fbpx

Bekerja dengan bos wanita lebih bahagia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ADELAIDE, Australia – Satu kajian baharu menunjukkan bahawa majikan atau bos wanita lebih mahir dalam memastikan pekerja bawahan kekal bahagia, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Kajian itu dibuat berdasarkan hampir 12,000 saman yang mendedahkan bahawa firma diketuai wanita kurang berdepan tuntutan undang-undang oleh pekerja.

Penyelidikan baharu yang di­siarkan dalam penerbitan Journal of Banking & Finance itu mendapati, bos wanita lebih bijak dalam menjalinkan hubu­ngan dengan pekerja mereka.

Pasukan penyelidik itu menganalisis data berkaitan 11,970 tuntutan di bawah undang-undang buruh yang difailkan terhadap firma negara itu bermula pada tahun 2001 hingga 2014.

Hasil kajian mendapati, syarikat diterajui bos wanita mempunyai bilangan saman pekerja yang jauh lebih rendah berban­ding firma diketuai oleh ketua pegawai eksekutif (CEO) lelaki.

Majikan wanita juga dikaitkan dengan pelbagai inisiatif mesra pekerja yang dilaksanakan oleh syarikat di bawah kepimpinan mereka.

Hasil kajian itu menyokong penyelidikan terdahulu yang menunjukkan bahawa gaya ke­pimpinan korporat wanita adalah lebih berkesan dalam membina hubungan baik dengan pekerja bawahan.

Penulis utama kajian itu, Chelsea Liu dari Universiti Adelaide berkata, penyelidikan tersebut memberikan bukti baharu me­ngenai kaitan antara jantina bos dan hubungannya dengan pekerja.

“Terdapat perbezaan ketara dalam gaya pengurusan syarikat oleh bos wanita dan lelaki.

“CEO wanita lebih banyak mengamalkan konsep demokrasi dan tolak ansur kepada pekerja berbanding ketua lelaki yang le­bih cenderung memberikan arahan menggunakan kuasa veto,” kata Liu.

Pengurus wanita juga cen­derung untuk memupuk lingku­ngan kepercayaan dan kerjasama, sedangkan pemimpin lelaki cenderung menekankan perintah, kepatuhan, dan persaingan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI