fbpx

Balu terima manfaat takaful SSPN-i hampir RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Dasuki menyerahkan manfaat perlindungan takaful SSPN-i kepada isteri mendiang di rumah wanita itu di Johor Bahru pada 26 April lalu.

PETALING JAYA – Seorang balu kematian suami akibat kanser usus pada 27 Oktober tahun lalu menerima manfaat perlindungan takaful Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) bernilai RM96,473.58 baru-baru ini.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam satu kenyataan berkata, suami wanita itu, mendiang S. Tamilselvan merupakan salah seorang pendeposit SSPN-i.

Menurut kenyataan, Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid telah menyerahkan manfaat perlindungan takaful SSPN-i kepada isteri mendiang di rumah wanita itu di Johor Bahru pada 26 April lalu.

“Tamilselvan, 58, seorang ahli perniagaan telah membuka akaun SSPN-i pada 11 Ogos 2008 untuk dua orang anak beliau,” kata kenyataan itu.

Menurut PTPTN, mendiang Tamilselvan mempunyai simpanan SSPN-i yang melayakkan untuk menerima manfaat perlindungan takaful RM96,473.58 dan khairat kematian sebanyak RM2,000.

Katanya, ini adalah antara keistimewaan SSPN-i yang memberi manfaat perlindungan takaful percuma secara Ringgit ke Ringgit kepada pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas jika berlaku kematian atau ilat kekal menyeluruh.

“Manfaat ini tidak dapat menggantikan kasih sayang dan tanggungjawab sebagai seorang bapa, namun dapat menampung kos pendidikan anak-anak beliau,” ujarnya.

Selain itu, SSPN-i menawarkan pelbagai keistimewaan lain kepada pendeposit seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun.

“Keistimewaan lain adalah dividen yang kompetitif, simpanan dijamin kerajaan, pemberian geran sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga dan patuh syariah.

“Sehingga 31 Mac 2021, sebanyak 2,985 tuntutan telah dibayar dengan jumlah manfaat perlindungan takaful dan khairat kematian sebanyak RM19.08 juta,” kata kenyataan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI