fbpx

9 ditahan, jadikan banglo ‘markas’ penipuan pinjaman wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wang tunai dan telefon bimbit yang dirampas dalam serbuan Op Pelican, di tiga buah rumah banglo, di Alai, Melaka, kelmarin.

MELAKA – Polis memberkas sembilan suspek warga China termasuk empat wanita selepas dipercayai menjalankan kegiatan penipuan pinjaman wang dalam serbuan di tiga buah rumah banglo di Alai, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan Op Pelican kira-kira pukul 4 petang itu, kesemua suspek berusia antara 25 hingga 35 tahun ditahan sepasukan pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan E. Sundra Rajan berkata, hasil risikan, serbuan telah dijalankan serentak di tiga buah rumah banglo di Taman Alai Perdana.

Katanya, pemeriksaan di lokasi, pasukan polis menemukan satu buku skrip tipu pinjaman di dalam bahasa Mandarin dan wang tunai berjumlah RM31,850.

“Mengikut keterangan awal suspek, mereka telah menjadikan rumah banglo itu sebagai pusat transit untuk menjalankan kegiatan tawaran pinjaman tidak wujud dengan menyasarkan mangsa di China.

“Dalam serbuan itu, pasukan polis turut menjumpai buku skrip pinjaman, wang tunai dan komputer yang digunakan bagi tujuan tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kegiatan itu dipercayai telah dijalankan oleh kumpulan itu sejak Februari lalu.

“Suspek mendakwa mereka telah menjalankan kegiatan itu sejak Februari lalu dan hanya bertindak sebagai pekerja dengan dijanjikan bayaran gaji bulanan sebanyak RM3,000 hingga RM4,000 oleh ‘mastermind’.

“Kita sedang mengesan dalang yang menempatkan kesemua suspek di rumah banglo tersebut dan menjadikan negara ini sebagai lokasi transit bagi kegiatan berkenaan,”katanya.

Katanya, kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI