fbpx

420 individu ditahan ingkar SOP PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 420 individu ditahan atas kesalahan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 417 individu dikompaun manakala tiga lagi direman.

“Antara kesalahan direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal (188), gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (162), tidak memakai pelitup muka (48) dan lain-lain (22),” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, Polis Diraja Malaysia telah melakukan 66,291 pemeriksaan melibatkan sejumlah 3,356 pasukan serta meliputi 15,600 anggota telah membuat pemantauan di 4,709 pasaraya, restoran (5,265), kilang (1,779), bank (3,812), pejabat kerajaan (1,123) dan penjaja (4,694).

Turut dipantau ialah pasar awam serta tani (2,203), tempat ibadah (3,465), tempat riadah (1,630), terminal pengangkutan darat (1,331), terminal pengangkutan air (382) dan terminal pengangkutan udara (126).

Mengulas mengenai kawalan sempadan negara, beliau berkata, sembilan pendatang asing tanpa izin telah ditahan dalam Operasi Benteng dengan 170 buah bot serta kapal turut dikesan di perairan negara melalui 12 aktiviti penglihatan.

Dalam pada itu, Ismail berkata, seramai 1,013 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan kesemua mereka telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.

“Secara kumulatifnya, sejak 24 Julai 2020, seramai 189,468 individu telah pulang ke tanah air dan mereka ditempatkan di 76 hotel dan sembilan Institut Latihan Awam serta Institut Pengajian Swasta di seluruh negara.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 7,222 individu telah dikuarantin dan 180,524 orang dibenarkan pulang manakala 1,722 lagi dibawa ke hospital. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI