fbpx

Tolonglah buat sekuel Love and Monsters

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG Maze Runner, Dylan O’Brien memberikan persembahan karakter yang cukup cemerlang dalam Love and Monsters.

SANGGUPKAH anda keluar daripada persembunyian di bawah tanah demi cinta yang terputus sejak tujuh tahun lalu? Bukan itu sahaja, keluar dari persembunyian bermakna mendedahkan diri daripada bahaya yang ‘bukan calang-calang’.

Itulah risiko Joel (lakonan Dylan O’Brien) yang berdepan bahaya melampau sehingga mampu meragut nyawa. Raksasa mutasi seperti kala jengking, ketam dan ulat beluncas bersaiz sebesar rumah menanti untuk melumatkan tulang-temulang penduduk Bumi terutama di Farfield.

MENERUSI Love and Monsters, penonton disajikan dengan kemunculan serangga kecil bersaiz mega dan cukup kejam.

Bernuansakan penggembaraan raksasa, penulis secara peribadi memberikan markah ‘A+’ kepada filam arahan sutradara, Michael Matthews ini. Markah cemerlang tersebut berdasarkan aspek pengarahan, perkembangan plot, keberkesanan karakter, kesan visual dan skor muzik.

Apa yang paling ‘papan atas’ ialah cetusan kimia antara Joey dengan seekor anjing bernama Boy. Selain Joel, Boy merupakan bintang utama yang paling memainkan peranan dengan cukup berkesan. Perlu diingatkan, Boy hanya seekor anjing pelatih, namun bintangnya sangat menyerlah.

Adegan ketika Boy berlari dengan timbunan pasir berterbangan di bawah celah-celah kaki ketam gergasi untuk menyelamatkan Aimee seperti diarahkan Joel disifatkan babak sinematik paling diingati dan digemari penulis tahun ini. Sungguh ikonik!

Aksi, kesan visual terbaik

Love and Monsters membuktikan kepada dunia bahawa selepas trilogi filem Maze Runner, ada banyak perihal lain yang boleh diberikan Dylan kepada khalayak. Penulis kagum dengan perkembangan karakter Joel yang kaya dengan komedi, empati, aksi dan sedikit romantis pada penghujungnya.

SEEKOR anjing bernama Boy menjadi ‘bintang’ utama di sisi Joel dalam Love and Monsters.

Bercakap tentang kesan visual, filem berkenaan memiliki banyak kelebihan. Berlambak filem Hollywood yang ‘menjual’ tema raksasa, namun karya yang satu ini mempunyai tempat istimewa dalam hati penulis.

Bukan mudah untuk merealisasikan haiwan-haiwan yang biasa dilihat kecil, namun membesar dengan meganya dalam sebuah filem. Kerja-kerja yang melibatkan imej janaan komputer (CGI) tersebut semestinya memerlukan perhatian dan penelitian yang terperinci.

Penulis berharap Love and Monsters akan akan ada sekuelnya. Watak Aimee lakonan Jessica Henwick memerlukan penerokaan yang lebih dalam bersama Joel serta Boy. Semestinya, banyak lagi gergasi lain yang perlu ditempuhi Joel dan rakan-rakannya.

Secara keseluruhannya, Love and Monsters merupakan antara filem pengembaraan terbaik tahun ini dengan kualiti visual dan penglibatan atau pemilihan pelakon yang tepat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI