fbpx

Semua lorong tikus Semerak-Kuala Besut ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laluan Kampung Tok Sabuh-Alor kini ditutup sepenuhnya bagi mengelak aktiviti merentas negeri tanpa surat kebenaran. /FOTO TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Semua laluan alternatif dan lorong tikus di sekitar kawasan Semerak-Kuala Besut di sini sudah ditutup sepenuhnya daripada aktiviti rentas negeri tanpa kebenaran sejak seminggu lalu.

Sebelum ini, sekurang-kurangnya lima lorong tikus menjadi laluan alternatif penduduk Kelantan untuk menyelinap masuk ke Kuala Besut dan Jerteh, Terengganu semata-mata untuk ke bazar Ramadan.

Tinjauan Kosmo! mendapati, polis meletakkan kon dan kawat berduri di jalan Pantai Bisikan Bayu-Pantai Teluk Bayu dan empat lokasi yang bersempadan dengan Tok Sabuh-Alor dan Perol-Kampung Nail.

Pemantauan itu dilakukan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut, Angkatan Tentera Malaysia, Gong Kedak dan Majlis Daerah Besut (MDB) selepas menjalankan pemantauan lorong tikus di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, pemantau berterusan masih dilakukan anggota polis bagi memastikan pematuhan orang ramai agar tidak merentas negeri.

Katanya, tiga sekatan jalan raya (SJR) iaitu di Gong Manak, Tok Sabuh dan Pachakan di Besut merupakan laluan yang sah untuk pergerakan masuk ke Terengganu dari Kelantan.

Sementara itu, seorang penduduk yang tinggal di kawasan itu, Mohammad Arif Ghazali, 45, berkata laluan itu bertukar sunyi selepas kawat berduri dipasang oleh pihak berkuasa.

“Kami terpaksa bersabar kerana tidak dapat berkunjung ke rumah sanak saudara di Besut lebih-lebih lagi untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

“Bagaimanapun, kami akur dengan langkah ini sekiranya ia mampu mengurangkan bilangan kes Covid-19 di Kelantan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI