fbpx

‘Ramadan bawa rezeki kepada kami’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN peniaga mula beroperasi di tapak asal Pasar Datuk Keramat, Kuala Lumpur selepas kerajaan menyediakan kanopi dan khemah.

PETALING JAYA – Harapan kira-kira 50 peniaga untuk kembali mencari rezeki di tapak asal Pasar Datuk Keramat di sini, yang musnah terbakar bulan lalu ­akhirnya menjadi kenyataan apabila kerajaan membina kanopi baharu untuk mereka berniaga.

Pasar Datuk Keramat yang cukup terkenal dalam kalangan penduduk setempat terlibat dalam kebakaran pada 16 Mac lalu menyebabkan deretan gerai di pasar berkenaan terbakar hingga menyebabkan para peniaga mengalami kerugian ribuan ringgit.

Bagaimanapun, tinjauan Kosmo! di lokasi berkenaan semalam mendapati, sebanyak 50 peniaga yang terkesan akibat kebakaran itu sudahpun memulakan perniagaan dengan menjual pelbagai jenis makanan sempena bulan Ramadan.

Walaupun mereka hanya diberikan tapak di bawah kanopi beserta khemah, para peniaga tetap menzahirkan rasa syu­kur kerana diberi kesempatan untuk berniaga semula di tapak asal.

Pengusaha roti bom, Norjan Sona, 58, dan suami, Abu Bakar Arshad, 64, berkata, selain tapak berkenaan, mereka turut me­nerima banyak bantuan dari pada pihak yang simpati dengan nasib peniaga di kawasan itu.

“Kami menerima bantuan dari Yayasan Wilayah, Baitulmal, Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat serta Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MADEC).

“Kami juga bersyukur kerana dapat kembali berniaga di sini le­bih-lebih lagi pada bulan Rama­dan yang penuh berkat ini,” kata­nya ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, peniaga kurma, Abdul Rahman Idris, 74, berkata, kerugian yang dialami­nya akibat kebakaran mencecah RM20,000.

“Kerugian ini hanya melibatkan buat kurma yang saya import dari negara luar. Selain itu, dua premis perniagaan saya turut musnah dalam kebakaran itu,” jelasnya.

Justeru, Abdul Rahman berharap pembinaan premis kekal dapat dilaksanakan segera bagi memberi keselesaan kepada para peniaga.

Menurut beliau, dia sudah merasai pengalaman kedai terbakar di Pasar Keramat berke­naan selepas dua kejadian lalu iaitu pada tahun 1975 dan 1980.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI