fbpx

Putus dua jari kanan akibat mercun bola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua jari tangan kanan pelajar tingkatan empat itu putus akibat bermain mercun bola di Rantau Panjang, Isnin lepas. /FOTO IHSAN PEMBACA

KOTA BHARU – Seorang pelajar tingkatan empat putus dua jari tangan kanannya akibat bermain mercun bola dalam kejadian di Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang, malam Isnin lalu.

Kejadian pada pukul 8.30 malam itu mengakibatkan remaja itu putus jari telunjuk dan tengah selain mengalami kecederaan pada tapak tangan.

Seorang penduduk kampung yang enggan dikenali berkata, mangsa dipercayai sedang bermain mercun seorang diri di rumahnya pada malam tersebut.

Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa sedang memegang mercun bola pada tangan kanan manakala tangan kirinya memegang pemetik api.

“Mangsa kemudian mencucuh mercun bola, namun tidak sempat melontar sebelum ia meletup dalam gengaman tangannya.

“Keluarga yang menyedari kejadian itu ternampak mangsa menggelupur dalam kesakitan lalu bergegas membawanya ke klinik berhampiran,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya, kecederaan parah yang dialami mangsa perlu dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk rawatan lanjut.

Tambahnya, mangsa kini dilapor berada dalam keadaan stabil di hospital itu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI