fbpx

Pusat jagaan ambulatori, klinik pakar swasta dijadikan PPV PICK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju untuk melibatkan pusat jagaan ambulatori swasta dan klinik pakar swasta sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi fasa dua dan tiga Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, pusat jagaan ambulatori dan klinik pakar swasta yang ingin mengambil bahagian boleh berdaftar melalui Protect Health Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) di laman web www.protecthealth.com.my bermula hari ini.

Beliau berkata, melalui laman web tersebut juga, hospital swasta boleh mendapatkan maklumat berkaitan kaedah vaksinasi, skop tugas, keperluan, kadar bayaran dan kaedah pembayaran.

“Kerjasama antara hospital swasta ini membolehkan lebih banyak fasiliti kesihatan swasta akan terlibat dalam menjayakan PICK bagi fasa dua dan tiga.

“Pada 12 April lalu, KKM bersetuju untuk melibatkan hospital swasta dalam PICK Fasa 2 dan 3 sebagai PPV,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, penglibatan hospital swasta itu adalah mengambil kira cadangan dikemukakan pihak hospital swasta yang tidak mahu terkecuali dalam menggembleng tenaga bagi memastikan sasaran sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk Malaysia diberikan imunisasi Covid- 19 dicapai segera.

Adham berkata, kerajaan akan memberikan vaksin secara percuma kepada hospital swasta bagi memaksimumkan akses pengagihan vaksin dengan lebih meluas kepada rakyat.

Sebelum ini, KKM bersetuju melibatkan pengamal perubatan am swasta (GP) dan hospital swasta bagi PICK. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI