fbpx

Polis nafi dakwaan video tular babitkan A.Ganapathy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Video rakaman yang tular di media sosial memaparkan beberapa lelaki memukul dua lelaki di dalam sebuah bilik.

PETALING JAYA – Polis menafikan dakwaan video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang tular baru-baru ini melibatkan mendiang A. Ganapathy.

Ganapathy, 40 tahun, merupakan bekas tahanan yang dilaporkan meninggal dunia di Hospital Selayang selepas lebih sebulan mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

“Saya dengan ini menafikan perkara ini sekeras-sekerasnya. Tindakan tegas mengikut lunas undang-undang akan diambil terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Kesahihan dan lokasi kejadian yang terpapar di dalam video tular tersebut sedang disiasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, orang ramai dinasihatkan agar menghentikan penyebaran video klip tersebut serta mengaitkannya dengan kes Ganapathy yang sedang disiasat.

Terdahulu, tular di media sosial satu video berdurasi 45 saat yang memaparkan beberapa individu memukul, merotan dan menendang dua lelaki di sebuah bilik.

Bagaimanapun, terdapat segelintir pihak mendakwa bahawa video tersebut merupakan rakaman kejadian melibatkan mendiang Ganapathy yang sebelum ini didakwa dipukul sewaktu berada di dalam tahanan polis sehingga mengakibatkan kematiannya selepas lebih sebulan mendapatkan rawatan di hospital.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI