fbpx

Operasi mencari dua beradik diperluas satu kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi mencari dua beradik yang hilang selepas terjatuh di Sungai Rekoh di Rompin diperluaskan hingga satu kilometer, hari ini.

Oleh KHAIRULMIZAN YAHYA

ROMPIN – Operasi mencari dua beradik berusia tiga dan tujuh tahun yang hilang di Sungai Rekoh disambung hari ini dan diperluaskan sehingga jarak satu kilometer (km) dari lokasi mereka terjatuh, semalam.

Ketua Balai Polis Rompin, Asisten Superintendan Mohd. Isa Bidin berkata, operasi mencari mangsa disambung semula kira-kira pukul 8 pagi dan pencarian ditumpukan ke arah hilir.

“Operasi membabitkan seramai 30 anggota termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menggunakan tiga buah bot.

“Selain pencarian daripada permukaan, usaha mengesan mangsa di dasar juga dilakukan dengan bantuan sembilan penyelam dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM,”katanya di sini hari ini

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi semalam, mangsa, Putri Rama Dhania Azahra Masari,3, dan kakaknya Dhenis Maulida Putri,7, terjatuh ke dalam sungai terbabit selepas motosikal yang dibonceng mereka terbalik ketika melalui jambatan gantung di lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, ibu mangsa yang dikenali sebagai Liswati, 37, yang menunggang motosikal terselamat apabila sempat berpaut pada jambatan berkenaan.

Menurutnya, jarak pencarian dipertingkatkan sehingga satu kilometer hari ini berbanding hanya 500 meter semalam.

“Arus sungai ketika ini tidak terlalu deras dan sekiranya mangsa gagal ditemukan sehingga pukul 6 petang, operasi pencarian akan ditangguhkan dan disambung semula esok,”ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI