fbpx

FAKTA HARI INI: Nauraj huni ranking ke-2 dunia dalam sukan lompat tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELEPAS berjaya mencatat lompatan 2.29 meter (m) pada Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura pada April 2016, jaguh lompat tinggi negara, Nauraj Singh Randhawa telah menduduki ranking No. 2 dunia.

Menurut Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim, Nauraj yang berusia 24 tahun ketika itu berkongsi ranking dunia dengan tiga lagi atlet lain yang mencatat rekod sama.

Nauraj merupakan satu­-satunya atlet lompat tinggi negara yang layak beraksi di Olimpik secara merit sejak KOM ditubuhkan pada 1906.

Kejayaan tersebut menyaksikan Nauraj boleh beraksi di Olimpik Rio de Janeiro, Brazil pada Ogos 2016.
Catatan 2.29m itu juga secara tidak langsung mengatasi rekod kebangsaan yang sebelum ini dicatat Lee Hup Wei (2.27m) di Beijing, China pada 25 Mei 2008.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn. Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon:
03-7455 6428 atau e-mel ke: [email protected]

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI