fbpx

Nak pinjam RM10,000, kene tipu RM10,107

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ira (kiri) menjadi mangsa penipuan syarikat pinjaman wang atas talian sehingga rugi RM10,107.

JOHOR BAHRU – Hasrat seorang wanita untuk mendapatkan pinjaman sebanyak RM10,000 daripada sebuah syarikat pinjaman wang dalam talian, SS Maju berakhir dengan dia ditipu RM10,107.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ira berkata, dia memohon pinjaman sebanyak RM10,000 setelah melihat iklan dalam sebuah laman web yang menawarkan pinjaman secara dalam talian pada 13 April lalu.

Katanya, dia kemudian terpedaya dengan taktik pemberi pinjaman itu yang meminta pembayaran tambahan seperti deposit dan bayaran sehingga wang miliknya pula habis digunakan.

“Saya dikehendaki mengisi maklumat dan jumlah pinjaman sebelum seorang lelaki bernama Shawn menghubungi dan meminta wang pemprosesan sebanyak RM600.

“Selepas itu, seorang lelaki lain menghubungi saya dan meminta pembayaran pendahuluan untuk enam bulan sebanyak RM1,962,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar yang diadakan, di sini semalam.

Ira yang bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak itu memberitahu, dia memohon pinjaman tersebut bagi membantu datuknya yang sedang sakit selain untuk kegunaan bagi perkahwinannya, bulan depan.

Menurutnya, situasi sama berulang dengan beberapa individu lain menghubungi dan memaklumkan dia perlu membuat bayaran tambahan sebelum boleh mendapatkan pinjaman wang yang telah dinaikkan kepada RM20,000.

“Apabila mahu batalkan pinjaman, saya dimarahi mereka dan diarah untuk membayar denda selain diugut seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai pengurus syarikat.

“Secara keseluruhannya, saya telah membuat lapan transaksi pemindahan wang sebanyak RM10,107 yang diperoleh dengan meminjam daripada ahli keluarga serta majikan,” ujarnya.

Tambahnya, kesemua transaksi itu dibuat antara 13 hingga 17 April lalu sebelum syarikat berkenaan gagal dihubungi sehingga kini. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI