fbpx

Lee Kwang-soo tinggalkan Running Man

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE KWANG-SOO

BERITA mengejutkan buat peminat setia program hiburan popular, Running Man apabila salah seorang pesertanya iaitu Lee Kwang-soo sah mengundur diri daripada rancangan tersebut.

Episod menyedihkan tersebut didedahkan agensinya, King Kong by Starship dengan memaklumkan bahawa Kwang-soo akan menjalani penggambaran terakhir pada 24 Mei depan.
Kwang-soo yang juga seorang aktor, sebenarnya pernah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada Februari tahun lalu dan masih mendapatkan rawatan susulan sehingga kini.

“Disebabkan keadaannya, agak sukar untuk Kwang-soo berada dalam keadaan terbaik sepanjang penggambaran. Selepas berbincang panjang dengan rakan-rakan lain, penerbit dan agensi, dia mengambil keputusan untuk fokus terhadap diri sendiri.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua peminat yang memberi sokongan dan kasih sayang terhadap Kwang-soo selama dia berada dalam Running Man,” ujar agensi tersebut.

Dalam kemalangan tersebut dia mengalami keretakan pada tumit kaki kanannya.

Dia menyertai Running Man sejak disiarkan pada 2010 menjadi anggota tetap kedua meninggalkan program berkenaan selepas Kang Gary mengambil tindakan sama pada 2016.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI