fbpx

KSM akan perkenal e-Wages pantau pembayaran gaji secara ‘real time’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
M. Saravanan.

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan melaksanakan modul e-Wages dalam masa terdekat bagi memantau pembayaran gaji bulanan kepada pekerja secara ‘real time’.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, ia bagi memastikan gaji pekerja dibayar mengikut tempoh yang ditetapkan iaitu sebelum hari ketujuh pada setiap bulan selaras dengan Akta Kerja 1955.

Katanya, ketika ini, tiada sebarang mekanisme yang diguna pakai dalam pasaran pekerjaan untuk memantau pembayaran gaji kepada pekerja di dalam negara.

“Pelaksanaan e-Wages akan dapat memastikan ketelusan serta mengelakkan perbuatan manipulasi pihak majikan dalam urusan pembayaran gaji kepada pekerja mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian susulan insiden seorang pekerja asing yang bunuh diri selepas mendakwa sudah lima bulan tidak dibayar gaji oleh majikannya.

Saravanan berkata, pelaksanaan sistem itu secara tidak langsung akan memastikan hak dan kebajikan para pekerja terbela.

Malah, katanya, imej dan krebiliti negara juga akan terpelihara khususnya dalam aspek penggajian pekerja asing di negara ini.

Mengulas mengenai kejadian malang itu, Saravanan berkata, perkara tersebut tidak seharusnya terjadi dalam pasaran buruh terutama ketika negara berdepan dengan krisis ekonomi dan kesihatan ekoran penularan wabak pandemik Covid-19.

Katanya lagi, KSM menerusi Jabatan Tenaga Kerja (JTK) akan menyiasat dengan teliti insiden ini.

“Tindakan sewajarnya akan dikenakan terhadap majikan berkenaan sekiranya tuduhan tersebut didapati benar,” jelasnya yang melahirkan rasa simpati dan dukacita atas kejadian berkenaan.

Terdahulu seorang pekerja binaan warga Pakistan berusia 30 tahun ditemui mati di tapak pembinaan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 17 April lalu dipercayai membunuh diri setelah kecewa kerana majikan tidak membayar gajinya selama lima bulan.

Sebelum itu, mangsa telah menyiarkan video dirinya di platform media sosial TikTok dengan mengatakan bahawa dia tidak boleh tahan selepas majikan tidak membayar gajinya.

Ketua Polis Wangsa Maju, Ashari Abu Samah mengatakan bahawa berdasarkan siasatan, syarikat itu tidak membayar gaji kepada mangsa dari Disember tahun lalu hingga bulan ini kerana masalah kewangan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI