fbpx

Bumbung pejalan kaki, parkir berbumbung Hospital Teluk Intan runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan laluan pejalan kaki berbumbung dan parkir kakitangan di Hospital Teluk Intan runtuh akibat hujan ribut hari ini.- Foto IHSAN PDRM

TELUK INTAN: Struktur bumbung pejalan kaki dan parkir berbumbung kenderaan kakitangan Hospital Teluk Intan di sini hari ini runtuh ketika hujan ribut lalu menghempap 15 buah kereta.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak mengakibatkan kemalangan jiwa.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian itu disedari jurupulih fisioterapi hospital tersebut ketika mahu mengambil keretanya pada pukul 4.20 petang.

Menurutnya, dalam kejadian ribut itu, laluan pejalan kaki dan parkir berbumbung di jabatan pesakit luar sepanjang 30 meter runtuh mengakibatkan sebanyak 15 buah kereta mengalami kerosakan termasuk pecah cermin hadapan serta kemek di bahagian bonet kereta.

“Tiada kemalangan jiwa berlaku namun bumbung yang roboh telah menghempap kereta yang diparkir di kawasan itu.

“Pihak Hospital Teluk Intan telah mengambil tindakan susulan untuk membersihkan kawasan parkir tersebut,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI