fbpx

Perlu ada budi bicara di sebalik ketegasan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

PUTRAJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa agensi-agensi penguat kuasa yang menjalankan pemantauan dan kawalan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) supaya menggunakan pendekatan lebih berhikmah dalam memastikan masyarakat mematuhi SOP yang ditetapkan.

Perdana Menteri mengingatkan perlu ada budi bicara dan perikemanusiaan di sebalik ketegasan dalam tindakan yang diambil berdasarkan ruang lingkup undang-undang supaya usaha kerajaan untuk mendidik masyarakat atau komuniti akan lebih diterima.

Beliau berkata, dia memahami dan menginsafi kesusahan rakyat mencari punca pendapatan untuk menjamin kelangsungan hidup dalam situasi pandemik ketika ini.

“Ada yang berikhtiar menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk menampung perbelanjaan seperti menjual burger, makanan ringan, minuman ataupun hasil tanaman masing-masing

“Mereka ini bukanlah pemilik syarikat atau pertubuhan perniagaan yang besar tetapi hanya pemegang lesen untuk berniaga sendiri secara kecil-kecilan,” katanya ketika melancarkan pertandingan Komuniti Zon Hijau Covid-19 di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau berharap kerjasama serta persefahaman yang baik antara masyarakat dan pihak penguat kuasa akan mampu memperkasakan lagi komuniti untuk bersama-sama membendung Covid-19.

“Hal ini sangat penting terutamanya dalam situasi pandemik yang memberi kesan sangat besar kepada kehidupan rakyat,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI