fbpx

Pengamal media terima vaksin bulan depan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengamal media akan menerima suntikan vaksin Covid-19 bermula Sabtu ini.

PUTRAJAYA – Seramai 1,500 pengamal media yang bernaung di bawah Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) serta Persatuan Wartawan Sarawak dan Sabah akan mula menerima vaksin Covid-19, bulan depan.

Perkara itu diumumkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada sidang akhbar perkembangan PICK, di sini hari ini.

Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya sudah menerima senarai nama pengamal media berkenaan bagi agihan vaksin itu.

“Saya dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba sudah terima senarai nama berkenaan.

“Sukacita saya dan Adham mengumumkan bahawa kita akan mula vaksinasi kepada petugas media pada bulan Mei,” katanya.

Sebelum ini, Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, kerajaan bersetuju meletakkan pengamal media dalam senarai keutamaan menerima vaksin Covid-19 namun, ia tertakluk kepada bekalan vaksin.

Malah, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullahsebelum ini dilaporkan turut memohon supaya pengamal media diberi keutamaan bagi fasa dua PICK.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI