fbpx

Neelofa bantu bayar kompaun peniaga burger tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN MOHD. FAISAL dikompaun RM50,000 selepas berniaga burger di hadapan rumahnya di Kota Bharu Ahad lalu.

KOTA BHARU – Usahawan tersohor, Noor Neelofa Mohd. Noor atau Neelofa menawarkan bantuan untuk membayar kompaun RM50,000 yang dikenakan terhadap seorang peniaga burger, Wan Mohd. Faisal Wan Kadir, 37, ke­rana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Terdahulu, tular di laman sosial selepas lelaki itu dikompaun polis ketika berniaga di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang di sini, Ahad lalu.

Menurut isteri Wan Mohd. Faisal, Norlaili Shafii, 36, dia bersyukur dan menyambut baik tawaran itu.

“Saya menerima panggilan daripada peguam Neelofa petang tadi (semalam) dan perkara itu turut disahkan sepupu Neelofa yang turut mengantar pesanan WhatsApp kepada saya.

“Sepupu Neelofa juga merupakan pelanggan tetap burger jualan saya dan suami,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Terdahulu, Wan Mohd. Fai­sal dan Norlaili telah pergi ke Pejabat Kesihatan Kota Bharu untuk mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kami merayu budi bicara KKM kerana masih buntu saat ini untuk mencari wang untuk menjelaskan kompaun.

“Sehingga kini, kami masih terkejut dengan kejadian ter­babit,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, Kementerian Kesihatan akan menilai semula tindakan yang bakal dikenakan terhadap peniaga burger tersebut.

“Siasatan mendapati, lelaki itu jelas melanggar SOP dengan berniaga me­lebihi had masa yang ditetapkan iaitu pukul 10 malam.

“Peniaga itu telah melakukan kesalahan berulang,” katanya semasa melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Tunjong di sini semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI