fbpx

Lorenzo kecam sikap Yamaha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORBIDELLI hanya diberikan jentera spesifikasi lama menyebabkan dia berdepan kesukaran untuk bersaing musim ini. – AFP

LONDON – Juara dunia MotoGP tiga kali, Jorge Lorenzo mendakwa bahawa Yamaha tidak berlaku adil dengan pelumba pasukan Petronas SRT, Franco Morbidelli selepas hanya memberikan jentera lama kepada pelumba Itali itu.

Lorenzo percaya Yamaha tidak memberikan Morbidelli jentera YZR-M1 terbaik seperti pelumba pasukan pengeluar iaitu Fabio Quartararo dan Ma­verick Vinales yang kini dilihat cukup berdaya saing.

Ketika ini Morbidelli kekal menggunakan jentera M1 Spesifikasi A iaitu jentera 2019 yang telah diubahsuai yang mana Morbidelli menggunakannya untuk saingan musim lalu dan berjaya meraih tiga kemenangan serta menamatkan saingan di kedudukan kedua ke­seluruhan.

Pada musim ini, Yamaha yang menggunakan jentera baharu mereka telah me­nyapu bersih ke­semua tiga kemenangan MotoGP ketika ini menerusi Vinales dan Quartararo yang menggunakan jentera baharu YZR-M1 2021.

Sementara itu, Morbidelli berdepan masalah teknikal di Grand Prix (GP) Qatar dan kini pelumba Itali itu menduduki tangga ke-11 keseluruhan apabila mengakhiri perlumbaan di tempat ke-12 dan tempat keempat pada GP Doha dan Portugal.

“Yamaha memperlakukan Morbidelli dengan cara yang tidak baik. Tahun lalu dia berada di kedudukan ke­dua keseluruhan dan ia adalah keputusan yang cemerlang.

“Lihat seperti Ducati, mereka menyediakan empat pelumba mereka dengan jentera terbaik dan memberikan soko­ngan penuh kepada mereka semua untuk terus berjuang merebut gelaran musim ini.

“Saya percaya Morbidelli seharusnya me­nuntut beberapa perkara daripada Yamaha kerana dia telah beraksi dengan cemerlang sebelum ini. Bagi saya Morbidelli perlu membuktikan tindakan Yamaha itu salah,” kata Lo­renzo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI