fbpx

Lakonan Joy selepas 3 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOY

LAPORAN portal SPOTV News baru-baru ini mendedahkan bahawa penyanyi popular, Joy terpilih bagi membintangi sebuah drama baharu terbitan JTBC, Just One Person.

Memberi maklum balas terhadap laporan berkenaan, agensi SM Entertainment dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa penyanyi itu sedang meneliti tawaran drama tersebut.

Just One Person mengisahkan seorang wanita muda yang mempunyai penyakit serius dan dijangka tidak akan bertahan lama.

Dia mengambil keputusan untuk membunuh seorang lelaki jahat, namun tiba-tiba menemui seorang yang akhirnya menjadi individu paling penting dalam hidupnya.

Joy difahamkan menerima tawaran memegang watak seorang selebriti media sosial terkenal bernama Sung Mi-do yang berpenyakit. Selain Joy, dua pelakon lain iaitu Ahn Eun-jin dan Park Sung-hoon juga dilaporkan akan membintangi drama tersebut.

Sekiranya anggota kumpulan Red Velvet itu bersetuju menerima tawaran berkenaan, hal tersebut sekali gus ini menjadi kemunculan terkininya dalam naskhah televisyen selepas tiga tahun.

Kali terakhir Joy muncul dalam drama ialah pada 2018 menerusi naskhah Tempted.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI