fbpx

KJ perjelas pecahan peruntukan RM70 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin bercakap pada sidang akhbar Mingguan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) di Kementerian Kesihatan di sini, hari ini. - FOTO: FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Peruntukan sebanyak RM70 juta bagi item Integrasi Data dan Sistem Janji Temu dalam pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dijelaskan sebelum ini antara lain bagi memudahkan proses pendaftaran penerima vaksin.

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pelaksanaannya juga bagi tujuan pemantauan bekalan vaksin daripada penerimaan sehingga selesai vaksinasi dos lengkap di setiap Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Beliau berkata, antara sistem yang akan dibangunkan adalah pengurusan dan pemantauan pencapaian PICK, pembangunan dashboard pelaporan harian selain integrasi sistem bagi menghubungkan pangkalan data MySejahtera dengan sistem sedia ada farmasi Kementerian Kesihatan.

Menurutnya, pembangunan sistem itu meliputi sistem Chatbot, laman portal pendaftaran vaksin, sistem pengesanan pendaftaran dan vaksinasi serta pembangunan perkhidmatan Google Map di dalam MySejahtera.

“Ia juga melibatkan pembangunan sistem pemantauan genomik dan imunisasi, perolehan sistem pengurusan Queue Mobile untuk PPV,  integrasi sistem pasport digital dalam MySejahtera serta sistem pengurusan logistik dan rangkaian penghantaran vaksin.

“Di samping itu, sistem itu juga melibatkan pengendalian pusat panggilan berpusat di CITF, sistem MyVAC (Malaysian Vaccine Support Volunteers) bagi pengurusan mobilisasi sukarelawan dalam pelaksanaan program dan penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon bagi peringatan vaksinasi antara lima hingga 10 kali peringatan bagi setiap orang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairy Jamaluddin berkata, PICK akan berlangsung sepanjang tahun ini yang pastinya memerlukan sejumlah peruntukan yang mencukupi bagi membolehkan ia dilaksanakan dengan sempurna dan tersusun.

“Justeru, tidak timbul persoalan yang mendakwa seolah-olah peruntukan yang dibelanjakan adalah tidak berhemah,” katanya.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa jumlah peruntukan keseluruhan RM5 bilion itu termasuklah bagi setiap perkara/item yang disenaraikan adalah had siling yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

“Walaupun jumlah akhir perbelanjaan masih belum muktamad tetapi ia tidak boleh melebihi paras siling yang telah ditetapkan,” katanya.

Kosmo! hari ini melaporkan dana RM5 bilion yang diperuntukkan PICK sudah mengambil kira kos pemberian vaksin untuk golongan remaja dan stok penimbal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI