fbpx

KJ nafi dakwaan beri vaksin pada pekerja Genting Group

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin Abu Bakar menafikan pernah mengeluarkan apa-apa arahan pemberian vaksin Covid-19 kepada sejumlah pekerja syarikat Genting Group seperti yang didakwa di media sosial.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, penetapan kumpulan penerima vaksin Fasa 1 PICK adalah mengikut Garis Panduan Penetapan Senarai Petugas Barisan Hadapan seperti yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) pada 1 Mac 2021.

“Semasa tempoh pelaksanaan Fasa 1 PICK, janji temu vaksinasi diuruskan oleh Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) Negeri mengikut senarai yang turut disediakan di peringkat negeri.

“Bagaimanapun, terdapat beberapa buah negeri yang beranggapan mereka boleh mula memberikan vaksinasi kepada kumpulan penerima lain apabila selesai menjalankan vaksinasi kepada penerima Fasa 1,” katanya di sini hari ini.

 

Tangkap layar dakwaan tersebut yang tular di media sosial.

Katanya, bagi kes di Pahang, CITF negeri telah membuat keputusan untuk memberikan vaksin kepada pekerja-pekerja di sektor pelancongan melibatkan 56 buah hotel di Kuantan, Genting Highlands Cameron Highlands, Jerantut, Raub, Mentakab, Bentong, Bukit Tinggi dan Bukit Fraser.

“Keputusan pemberian ini dibuat apabila negeri Pahang telah selesai memberikan vaksinasi dos pertama (Sementara menunggu selang masa bagi dos kedua) kepada semua penerima yang tersenarai dalam kumpulan keutamaan Fasa 1.

“CITF Persekutuan hanya mengetahui tentang keputusan negeri ini selepas mereka memulakan vaksinasi kepada kumpulan tersebut,” jelasnya.

Susulan itu Khairy Jamaluddin berkata, beliau telah menulis surat kepada kerajaan negeri Pahang pada 12 April 2021 bahawa keputusan untuk menyenaraikan kumpulan awal penerima vaksin adalah di bawah bidang selia JKJAV.

Terdahulu, tular di media sosial apabila ada individu mendakwa seramai 1,500 orang pekerja di Genting Highlands telah menerima vaksin di atas arahan Khairy Jamaluddin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI