fbpx

Kes harian cecah angka melebihi 3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes baharu hari ini kembali mencecah angka melebihi 3,000 dengan 3,142 kes, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 401,593 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor merekodkan sebanyak 1,019 kes, diikuti oleh Kelantan sebanyak 523 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 440 kes.

“Seterusnya, Sarawak (416 kes), Johor (194 kes), Kedah (120 kes), Pulau Pinang (98 kes), Sabah (87 kes), Perak (69 kes), Negeri Sembilan (61 kes), Melaka (42 kes) dan Terengganu (40 kes).

“Selain itu, Pahang (15 kes), Putrajaya (13 kes), Labuan (empat kes) dan Perlis (satu kes),” katanya dalam ciapan Twitter di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI