fbpx

Ikhlas Barakah Box bantu 300 keluarga asnaf, mualaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOR AZMAN (tiga dari kanan, berdiri) pada majlis penyampaian barangan makanan kepada asnaf dan mualaf di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Takaful Ikhlas Family Bhd. (Takaful Ikhlas), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd. (MNRB) dengan kerjasama Persatuan Inspirasi Mualaf telah menceriakan 300 keluarga asnaf dan mualaf terpi­lih di sekitar Lembah Klang melalui program Ikhlas Barakah Box.

Ia melibatkan pengagihan sumbangan bekalan makanan seperti beras, tepung, gula, susu, bihun, mi segera dan telur kepada keluarga asnaf dan mualaf yang memerlukan dan terkesan oleh pandemik Covid-19.

Penerima Ikhlas Barakah Box adalah daripada Program Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1, PPR Kota Damansara dan PPR Bukit Jalil dengan agihan sumbangan secara berperingkat sepanjang bulan Ramadan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Nor Azman Zainal berkata, menerusi program tersebut, pihaknya dapat menyalurkan sebahagian daripada dana Ikhlas Barakah House untuk membantu meri­ngankan beban masyarakat dan komuniti setempat.

“Diharapkan sumbangan ini dapat membantu dan memberikan keceriaan kepada penerima dan keluarga mereka ketika bulan Ramadan ini, selain memupuk nilai prihatin serta kasih sayang kepada masyarakat setempat,” katanya dalam kenya­taan yang dikeluarkan semalam.

Ikhlas Barakah House merupakan inisiatif pengumpulan dana patuh syariah, bertujuan menjana pembangunan dan kelestarian masyarakat melalui bantuan kewangan dan aktiviti-aktiviti yang merangkumi penglibatan masyarakat.

Ia mempunyai lima fokus utama iaitu pemerkasaan bidang pendidikan, ekonomi, masyarakat, kesihatan dan alam sekitar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI