fbpx

Data dan laporan analisis kes harian Covid-19 sahih 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba bercakap pada sidang akhbar Mingguan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) di Kementerian Kesihatan di sini, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Semua data kes Covid-19 dan laporan analisis harian yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) adalah data yang sahih, tepat dan telah disahkan di pelbagai peringkat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, data-data Covid-19 di negara ini dikendalikan mengikut prosedur-prosedur tertentu bagi memastikan data yang dilaporkan adalah tepat dan sahih.

“Semua keputusan ujian yang dijalankan sama ada di klinik kesihatan kerajaan, hospital, mahupun fasiliti perkhidmatan kesihatan swasta adalah wajib dimuat naik ke dalam Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA).

“Sistem ini sentiasa dipantau oleh KKM melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil.

“PKD bertanggungjawab untuk membuat siasatan, urusan kemasukan sama ada ke hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) atau dirawat di rumah berdasarkan penilaian risiko yang dijalankan,” katanya pada sidang akhbar perkembangan Program Imunisasi Covid-19, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan segelintir pihak yang mengaitkan data Covid-19 yang dikeluarkan KKM setiap hari adalah palsu dan rekaaan.` -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI