fbpx

Bayaran rumah sudah tertunggak, dikompaun pula RM50,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mansah menunjukkan kompaun RM50,000 yang dikeluarkan oleh polis kerana beroperasi lebih masa pada malam Ahad lalu.

KOTA BHARU – Sudah jatuh ditimpa tangga. Itu peribahasa yang tepat menggambarkan keadaan seorang lagi peniaga yang dikompaun RM50,000 di sebuah kedai runcit di Jalan Cempaka di sini Ahad lalu.

Peniaga kedai runcit, Mansah Marjurin, 47, mengakui bahawa dia masih buntu memikirkan bayaran rumahnya yang tertunggak selama tujuh bulan dan kini dibebani pula dengan bayaran kompaun RM50,000.

Katanya, selain itu, sebuah kereta miliknya sudah ditarik pihak bank sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu selepas gagal menjelaskan bayaran bulanan.

Menceritakan detik dia dikompaun, Mansah berkata, dia sudah menutup kedai runcitnya pada pukul 10 malam, namun bahagian pintu kecil masih belum ditutup ekoran ada saudara isteri datang ke kedainya.

Katanya, bagaimanapun, seramai empat orang anggota polis datang secara tiba-tiba di premisnya sebelum mengeluarkan kompaun itu pada pukul 11.40 malam.

“Saya sudah menutup keseluruhan pintu kedai pukul 10 malam. Saya hanya berbual-bual sahaja dengan saudara isteri dan tidak menyangka telah dikompaun.

“Saya telah memberikan penjelasan kepada pihak polis bahawa sudah menutup kedai, namun tidak dihiraukan mereka yang terus mengeluarkan kompaun,” katanya ketika ditemui pemberita di premisnya hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat dalam satu kenyataan semalam berkata, tiga peniaga dikompaun RM50,000 dalam serbuan polis di tiga buah premis malam Ahad lalu.

Tiga peniaga itu adalah peniaga burger di Kampuny Rambutan Rendang di sini, peniaga colek di Kampuny Chekok, Tengah di sini dan Manshah.

Menurut Manshah, dia mengakui tidak mampu membayar kompaun itu dan rela sekiranya kedai runcitnya itu dicagar untuk menjelaskan jumlah yang ditetapkan.

Katanya yang tinggal di Taman Tanjong Mas di sini, dia belum membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah kerana masih dalam keadaan terkejut.

Tambahnya, dia berharap ada pihak tampil membantunya selain turut membantu dua peniaga lain yang dikenakan jumlah kompaun sama. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI