fbpx

Awan menyerupai kapal KRI Nanggala-402 dilihat di perairan Bali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awan yang menyerupai kapal selam KRI Nanggala-402 itu sebenarnya adalah jenis kumulus yang sering terbentuk hasil daripada proses pengewapan air. - Detik.com

JAKARTA – Sebuah video yang memaparkan kejadian awan yang kelihatan seperti kapal selam KRI Nanggala-402 tular di media sosial hingga menjadi perhatian netizen, lapor laman berita Detik.com hari ini.

Awan yang muncul di kaki langit laut sebuah perkampungan di Denpasar, Bali itu berjaya dirakam seorang lelaki yang pada ketika itu sedang menikmati pemandangan matahari terbit.

“Kelihatan seperti kapal selam KRI Nanggala-402,” tulis Arik Andrawan dalam video yang dimuat naik itu.

Menurut Arik, dia dan rakannya pada ketika itu sedang leka menikmati pemandangan matahari terbit pada pukul 5 pagi sebelum awan yang mirip kapal selam itu muncul.

“Video itu dirakam tanpa sengaja ketika saya sedang merakam video untuk dimuat naik ke Instagram.

“Namun, awan itu hanya muncul dalam beberapa minit sebelum ia hilang begitu sahaja.

“Saya kemudiannya memuat naik video tersebut di WhatsApp dan TikTok. Ternyata, ramai yang memberi komen bahawa awan itu mirip kapal selam KRI Nanggala-402,” ujarnya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia ketika diminta mengulas mengenai kejadian itu berkata, awan yang menyerupai kapal selam itu sebenarnya adalah jenis kumulus.

“Itu merupakan awan rendah jenis kumulus. Awan tersebut sering terbentuk, namun mungkin hanya kebetulan berbentuk seperti kapal selam,” ujar Ketua Bahagian Data dan Maklumat Pusat, BMKG Wilayah III Denpasar, Iman Faturahman.

Awan kumulus terbentuk hasil daripada proses pengewapan air yang kemudiannya dibawa angin dan saling berkumpul di kawasan tertentu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN