fbpx

Vaksin AstraZeneca ditawar sukarela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan vaksin jenis AstraZeneca akan ditawarkan kepada orang ramai secara sukarela dan diagihkan menerusi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khas dalam masa terdekat.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kegusaran orang ramai terhadap vaksin berkenaan.

“Vaksin itu akan diagihkan berdasarkan konsep ‘first come, first serve’.

“Kita juga akan membuka satu sistem tempahan khas kepada orang ramai untuk membuat tempahan janji temu bagi mendapatkan vaksin itu,” katanya pada sidang akhbar perkembangan PICK di sini tadi.

Katanya, agihan vaksin AstraZeneca itu tidak dihadkan kepada golongan dalam fasa dua PICK tetapi ia dibuka kepada sesiapa sahaja.

Khairy Jamaluddin berkata, buat permulaan, PPV khas bagi agihan vaksin itu akan dibuka di Selangor dan Kuala Lumpur selepas mengambil kira peningkatan kes di dua kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, mereka yang berdaftar bagi mendapatkan vaksin itu perlu menjalani proses saringan kesihatan terlebih dahulu sebelum layak menerima suntikan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI