fbpx

47.9 peratus penduduk Malaysia belum dibanci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA NERUS – Jabatan Perangkaan Malaysia optimis proses pembancian semua 32.7 juta penduduk Malaysia dapat diselesaikan mengikut jadual pada 30 Jun depan.

Ketua Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, setakat ini, seramai 17.1 juta atau 52.1 peratus isi rumah termasuk bukan warganegara di negara ini telah dibanci menerusi online (e-Census) dan secara bersemuka.

Beliau berkata, pihaknya percaya proses pembancian baki 47.9 peratus isi rumah yang tinggal mampu diselesaikan dalam tempoh kira-kira dua bulan ini.

” Kita berada di landasan tepat untuk menyelesaikan pembancian mengikut tarikh 30 Jun dengan menerusi bantuan 9,600 pembanci di seluruh negara.

“Setakat ini, 11.1 juta penduduk Bumiputera telag dibanci diikuti Cina (3.7 juta) dan India (1.1 juta) dan bakinya lain-lain kaum,” katanya.

Terdahulu beliau ditemui ketika memantau proses pembancian secara bersemuka di Kampung Seberang Takir di sini hari ini.

Mohd. Uzir yang juga Pesuruhjaya Banci 2020 berkata, tujuh negeri mencatatkan kadar respons banci melebihi 60 peratus iaitu Putrajaya, Johor, Perlis, Kelantan, Melaka, Perak dan Terengganu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI