fbpx

2 PKPD ditamatkan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Institut Aminuddin Baki dan Kuarters Kakitangan, Sri Layang, Bentong, Pahang hari ini ditamatkan oleh kerajaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD kedua-dua lokasi tersebut yang dijadualkan tamat pada 30 April 2021.

Katanya, sepanjang tempoh itu, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 691 ujian saringan dan secara kumulatifnya 31 kes positif Covid-19 direkodkan.

“KKM mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster terkawal sementara kes terakhir pula direkodkan pada 26 April 2021 iaitu empat kes.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Institut Aminuddin Baki dan Kuarters Kakitangan, Sri Layang, Bentong, Pahang pada 28 April 2021, iaitu lebih awal daripada yang dijadualkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI