SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru agar warga ‘the Navy People’ kekal fokus dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Baginda juga menitahkan agar mereka terus memiliki semangat juang yang tinggi dalam melaksanakan tugas yang murni ini.
“Sempena sambutan kali yang mengangkat tema TLDM Siaga Kedaulatan Terpelihara, beta mahu agar TLDM terus memainkan peranan penting sebagai barisan hadapan atau ‘frontliner’ bagi mengawal dan mempertahankan kedaulatan dan keselamatan perairan negara dari sebarang ancaman luar,” titahnya menerusi hantaran di Facebook rasmi Selangor Royal Office ,hari ini.
Sultan Sharafuddin sebagai Kepten Yang Dipertua TLDM turut berkenan menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Tentera Laut Ke-87 kepada semua warga ‘the Navy People’.
“Beta turut mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada setiap warga ‘the Navy People’ yang sentiasa komited dan bangga dalam mencurahkan khidmat bakti dan ketaat setiaan yang tidak terhingga terhadap perkhidmatan TLDM khasnya dan negara amnya,” katanya. -K! ONLINE