fbpx

Tiga lelaki disyaki pengedar dadah ditahan dalam khemah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga lelaki disyaki pengedar dadah diserbu dalam sebuah khemah yang terdapat di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Padang Setar di Hulu Terengganu semalam.

HULU TERENGGANU – Kewujudan sebuah khemah yang di dalam ladang kelapa sawit di Kampung Padang Setar di sini sejak sekian lama rupa-rupanya tempat persembunyian tiga lelaki dipercayai pengedar dadah.

Rahsia itu terbongkar selepas sepasukan polis menyerbu khemah berkenaan yang membawa kepada penahanan kesemua suspek berusia 35 hingga 39 tahun pada pukul 4 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, sewaktu ditahan, ketiga-tiga lelaki itu sedang nyenyak tidur di dalam khemah tersebut.

Beliau berkata, siasatan awal percaya suspek pertama berusia 35 tahun merupakan dalang aktiviti pengedaran dadah tersebut manakala dua suspek lain pula merupakan ‘budak suruhannya’.

“Mereka dipercayai menjadikan khemah itu sebagai lokasi persembunyian dan tidur. Pada siang hari pula, ketiga-tiga suspek akan membekalkan dadah kepada penagih-penagih di kawasan kampung berhampiran.

“Pemeriksaan menjumpai tiga botol yang mengandungi serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin dan lapan biji pil berwarna merah disyaki pil kuda,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Adli berkata, kesemua dadah yang dijumpai di dalam beg berwarna hitam di dalam khemah berkenaan dianggar bernilai RM1,800.

Tambah beliau, ujian urin terhadap ketiga-tiga suspek mendapati mereka positif dadah jenis heroin dan methamphetamine. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI