fbpx

SPRM sahkan dua pegawai ditahan terlibat Geng Nicky

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan dua pegawai suruhanjaya itu yang dipercayai terlibat dengan kegiatan haram Geng Nicky didalangi
ahli perniagaan buruan Nicky Liow Soon Hee.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azam Baki berkata, SPRM telah memberi kerjasama kepada pihak polis dengan menyerahkan kedua-dua pegawai berkenaan bagi membantu siasatan.

“Saya memandang serius dan tidak akan berkompromi dalam hal ini malah akan menyerahkan lagi mana-mana pegawai suruhanjaya sekiranya ada yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Polis Johor menahan 12 pegawai penguat kuasa selepas disyaki terlibat dalam melindungi kegiatan jenayah terancang Geng Nicky.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, individu terbabit terdiri daripada 10 pegawai kanan polis dan dua pegawai SPRM.

Katanya, dua pegawai SPRM itu terdiri daripada Penolong Pesuruhjaya dan Penguasa yang bertugas di Putrajaya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI