fbpx

Ramai kena tipu di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Kes penipuan pelaburan di Negeri Sembilan dilihat membimbangkan dengan 65 kes dilaporkan sepanjang tahun 2021 melibatkan kerugian sebanyak RM2.3 juta setakat semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superitenden Aibee Ab. Ghani berkata, peningkatan tersebut amat ketara berbanding 24 kes penipuan pelaburan dilaporkan bagi tempoh yang sama pada 2020 dengan kerugian sebanyak RM888,056.

“Statistik perbandingan mendapati berlaku pertambahan 45 kes penipuan pelaburan pada 2021 berbanding tempoh yang sama tahun lepas dengan peningkatan kerugian sebanyak RM1.42 juta.

“Jenis pelaburan yang ditawarkan termasuklah pelaburan saham 15 kes dengan jumlah kerugian RM127,534, pelaburan forex lapan kes (RM483,526), pelaburan perniagaan empat kes (RM246,905), pelaburan emas satu kes (RM6,029) dan lain-lain pelaburan 25 kes (RM969,086),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Aibee, modus operandi sindiket pelaburan tersebut adalah mengiklankan di media sosial seperti Facebook, Whatssap dan WeChat kemudian berhubung dengan mangsa secara individu sebelum dimasukkan dalam ‘group’ tertentu.

“Pihak sindiket pelaburan akan menjanjikan pulangan yang tinggi dalam tempoh masa pendek dan bayaran akan dibuat ke akaun bank individu, sekiranya aktif dalam masa enam bulan ke setahun mangsa dijanjikan pulangan awal akan dibayar,” katanya.

Jelas beliau, bagi tahun ini setakat bulan April 2021, sebanyak 69 individu telah ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut termasuk empat individu yang telah diambil tindakan perintah sekatan selama dua tahun di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI