fbpx

Pemaju perumahan didenda RM125,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aktiviti kerja tanah yang dilakukan syarikat pemaju perumahan yang tidak mengemukakan EMP di Mukim Rawang, Gombak.

SHAH ALAM – Kerakusan sebuah syarikat pemaju perumahan menjalankan aktiviti kerja tanah tanpa mengemukakan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) tahun lalu mengundang padah apabila didenda RM125,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang dekat sini, hari ini.

Hakim Syafeera Mohd. Said telah menjatuhi denda itu selepas wakil syarikat pemaju tersebut mengaku bersalah atas satu pertuduhan dikenakan kepadanya.

Mengikut pertuduhan, syarikat pemaju perumahan itu didapati telah menjalankan kerja tanah tanpa terlebih dahulu mengemukakan EMP di satu projek perumahan di Mukim Rawang, Gombak yang dilakukan pada 7 Julai tahun lalu.

Justeru, syarikat itu melakukan kesalahan mengikut Seksyen 34A (7) tidak mematuhi syarat-syarat kelulusan Laporan Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Nor Aziah Jaafar dalam kenyataannya menjelaskan EMP adalah sangat penting kepada penggerak projek menyediakan rangka kerja untuk mengurangkan kesan pencemaran yang signifikan seterusnya menjadikan risiko pencemaran itu berada di tahap paling minima yang ditetapkan oleh JAS.

“Objektif utama EMP untuk memastikan pelaksanaan langkah-langkah pencegahan pecemaran dapat dipertimbangkan bagi sesebuah projek pembangunan yang telah diluluskan EIA.

“Kita sentiasa akan mengambil tindakan tegas dan tiada kompromi kepada penjenayah alam sekitar, “jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI