fbpx

Maksak rancang 35 program tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zuki berucap pada Majlis Iftar Maksak di Maksak Putra, Presint 14 di sini, hari ini. -GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (Maksak) merancang untuk menganjurkan 35 program tahun ini.

Yang Dipertuanya, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, antara program dirancang termasuk sukan berbasikal dan Festival Kesenian Islam.

Beliau yang juga Ketua Setiausaha Negara berkata, setakat ini, dua program sudah dilaksanakan iaitu boling padang dan bola sepak.

“Penganjuran sukan ini sudah diluluskan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengikut model gelembung sukan yang diluluskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Saya berharap penganjuran sukan dalam suasana norma baharu ini dapat mencungkil bakat-bakat baharu dalam kalangan penjawat awam sekali gus dapat mewakili negara ke peringkat antarabangsa,” katanya semasa berucap di Majlis Iftar Maksak di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang juga Timbalan Yang Dipertua Maksak Malaysia, Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman.

Katanya, pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia pada masa ini menyebabkan pembudayaan norma baharu dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk aktiviti sosial dan riadah.

Mohd. Zuki berkata, sebagai contoh, bermula Ogos tahun lalu, Maksak dengan kerjasama KBS telah melaksanakan program Fit Malaysia X yang bertujuan menurunkan kadar obesiti dalam kalangan penjawat awam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI