fbpx

Konservasi Tapir Malaya akan dipergiatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) komited untuk mempergiatkan konservasi Tapir Malaya secara in-situ dan ex-situ bagi memastikan kelangsungan spesies unik tersebut.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, populasi Tapir Malaya yang menjadi salah satu spesies ikonik di Malaysia kini semakin terancam kerana kehilangan habitat, fragmentasi hutan, mangsa jerat atau kemalangan jalan raya.

“Sepanjang tempoh 2015 hingga 2020, sebanyak 92 Tapir Malaya menjadi mangsa kemalangan jalan raya di Johor, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Terengganu.

“Malah pada tahun 2020 sahaja, sebanyak 24 Tapir Malaya dilaporkan mati akibat kemalangan jalan raya dan trend ini semakin membimbangkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Justeru itu katanya, bagi meningkatkan semula populasi Tapir Malaya di Semenanjung Malaysia, Perhilitan menjalankan program pembiakan dalam kurungan di Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Sungai Dusun, Selangor untuk dilepaskan ke habitat asal.

“Ketika ini terdapat sebanyak 11 Tapir Malaya di PKHL Sungai Dusun dengan purata kelahiran anak seekor setahun.

“Disamping itu, Jabatan Perhilitan mengadakan kerjasama strategik konservasi Tapir Malaya dengan Nagasaki Biopark, Jepun,” katanya.

Justeru bagi meningkatkan semula populasi Tapir Malaya di Semenanjung Malaysia, Perhilitan menjalankan program pembiakan dalam kurungan di Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Sungai Dusun, Selangor untuk dilepaskan ke habitat asal.

“Bagaimanapun, konservasi Tapir Malaya bukanlah menjadi tugas KeTSA dan Perhilitan sahaja tetapi turut menjadi tanggungjawab semua.

“Justeru, sempena sambutan Hari Tapir Sedunia ke-13 hari ini, saya menyeru kepada semua pihak supaya berganding bahu memperhebatkan usaha memulihara Tapir Malaya,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI