fbpx

Kelantan kekal PKP, rentas negeri masih tidak dibenarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan seluruh negeri Kelantan masih lagi kekal di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas keadaan Covid-19 di negeri itu tidak menunjukkan penurunan.

“Lima negeri dikekalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, dan Sarawak.

“Sementara itu, oleh kerana zon hijau berkurangan, maka status negeri Sabah bertukar status dari Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kepada PKPB,” katanya dalam sidang khas hari ini.

Dalam pada itu, katanya, sembilan lagi negeri kekal dengan status PKPP, iaitu Perlis, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.

“Pengekalan status ini berkuatkuasa pada 29 April sehingga 17 Mei 2021 kecuali Sarawak yang bermula 27 April sehingga 17 Mei.

“Seperti prosedur operasi standard (SOP) diumumkan sebelum ini, pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali pelancongan dari negeri PKPP ke negeri PKPP melalui konsep green travel bubble,” jelasnya.

Katanya, pergerakan rentas daerah juga masih dibenarkan kecuali di negeri Sabah dan Sarawak.

Dalam perkembangan lain katanya, SOP sambutan semasa perayaan Aidilfitri akan diumumkan dalam masa terdekat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI