fbpx

Hazard senjata pemusnah Real

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAZARD bakal turun dalam kesebelasan utama Real yang akan turun menentang Chelsea. - AFP

MADRID – Pemain sayap Real Madrid, Eden Hazard dijangka berada dalam kesebelasan utama menjelang separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Chelsea di Stadium Alfredo Di Stefano awal pagi esok.

Pemain antarabangsa Belgium itu turun buat pertama kali sejak 15 Mac lalu, namun gagal membantu Real mencatat kemenangan ke atas Real Betis apabila sekadar seri tanpa ja­ringan.

Meskipun beraksi 13 minit, namun jurulatih Real, Zinedine Zidane gembira dengan pres­tasi yang ditampilkan bekas bintang Chelsea itu ketika bertemu Betis.

“Hazard bermain sangat baik pada per­lawanan itu walaupun hanya turun selama 13 minit. Saya juga gembira untuk lihat dia kembali beraksi di atas padang.

“Dia pemain yang sangat berkualiti, jadi saya harap dia boleh membantu kami sehingga ke peng­hujung musim. Ada kemungkinan juga dia akan bermain menentang Chelsea nanti,” kata Zidane.

Difahamkan, Hazard mungkin akan diturun­kan pada penghujung perlawanan memandangkan Zidane tidak mahu mengambil risiko atas kecederaan pemainnya itu.

Sementara itu, aksi bertemu Chelsea pasti menjadi memori penting buat Hazard memandangkan dia pernah menyarung jersi The Blues selama tujuh tahun bermula 2012 hingga 2019. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI