fbpx

Gagal seludup 500kg daun ketum ke Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APMM merampas 500kg daun ketum yang cuba diseludup menggunakan bot fiber di perairan Kuala Kedah awal pagi semalam.

ALOR SETAR – Cubaan seorang lelaki menyeludup 500 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai RM90,000 ke Thailand menerusi perairan muara Kuala Kedah di sini pada awal pagi semalam gagal apabila pergerakannya dikesan Maritim Malaysia (APMM).

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, hasil maklumat risikan, bot ronda APMM yang melakukan rondaan Op Aman mengesan sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran dalam keadaan mencurigakan kira-kira pukul 2.55 pagi.

“Bot tersebut didapati sedang bergerak keluar dari muara Kuala Kedah sebelum seorang individu dipercayai lelaki dilihat terjun ke dalam laut dan berenang melarikan diri ke kawasan paya bakau berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pemeriksaan lanjut ke atas bot tersebut mendapati terdapat beberapa bungkusan plastik berwarna hitam dan satu ruang simpanan ikan berisi bungkusan kecil disyaki daun ketum.

“Kesemua daun ketum yang ditemui adalah seberat kira-kira 500kg dan ia dipercayai mahu diseludup ke Thailand,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI