fbpx

Ebit Lew bantu lapan sekeluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit (tengah) dan keluarga tersebut di kediaman mereka hari ini.

PETALING JAYA – Lapan sekeluarga hari ini dibantu penceramah popular, Ebit Lew yang menempatkan mereka ke sebuah apartment baharu setelah hampir enam bulan keluarga berkenaan tinggal di hotel bajet di Larkin, Johor.

Menurut Ebit di laman Facebook, keluarga tersebut terdiri daripada seorang ibu yang menghidap penyakit leukimia serta tujuh orang anaknya berusia antara 15 hingga 2 tahun.

“Berat ujian mereka. Anak tolong orang jual kuih dan kacang-kacang. Kadang ada orang bantu beri duit dan makanan. Sayu tapi kagum anak ini mereka kuat nak menjaga satu sama lain. Masing-masing nak menjaga ibunya.

“Sampai bilik hotel mereka, terkejut sangat sebab kecil sangat. Terfikir bagaimanalah mereka hidup dalam bilik kecil ini. Biasalah anak-anak mereka happy (gembira) sahaja. Mereka dapat sahaja duit berniaga berjalan-jalan terus bayar sewa hotel hari-hari,” katanya.

Ebit berkata, dia terus membawa mereka ke sebuah rumah apartment tiga bilik tidur yang selesa, dengan bayaran sewa akan diselesaikannya sendiri setiap bulan.

Pada masa sama, dia turut mengaturkan kembali agar anak-anak wanita tersebut dapat bersekolah.

Ebit turut meluangkan masa membeli pakaian untuk mereka di Plaza Angsana, Johor Bahru, serta membelanja keluarga itu makan KFC, perabot, barangan elektrik, katil, tilam malah turut diberikan duit belanja.

“Saya ada cadangkan jika nak berniaga boleh buka gerai jual kuih dan air. Cari gerai buka dekat kawasan tersebut. Insya-Allah kami akan cuba bantu mereka sedaya-upaya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI