fbpx

Dua lelaki terima rasuah RM30,000 mengaku tidak bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Faizal (baju biru belakang) dan Abas ketika hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan bersetuju menerima rasuah berjumlah RM30,000 kononnya boleh menutup kes rasuah empat tahun lalu.

Tertuduh Mohd. Faizal Ahmad Mazlan ,42, yang merupakan penjual ikan dan Abas Yaacob, 46, yang bekerja sendiri menjual ayam perap membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa mencapai niat bersama telah secara rasuah bersetuju menerima suatu suapan, iaitu wang tunai RM30,000 daripada seorang lelaki melalui seorang lagi individu lain.

Suapan yang diterima itu, sebagai satu dorongan kononnya untuk menutup kes rasuah terhadap lelaki tersebut yang masih lagi dalam siasatan dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran, Jalan Pudu Hulu di sini kira-kira pukul 9.32 malam pada 3 Februari 2017.

Berikutan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) akta SPRM 2009 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 24 akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Tarikh 27 Mei ini ditetapkan sebutan semula kes.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI