fbpx

Dua aksi antarabangsa menanti Wee Wern

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WEE WERN berdepan tugas sukar menjelang aksi pusingan pertama Kejohanan Dunia di Chicago, Amerika Syarikat awal pagi esok.

PEMAIN skuasy wanita No.1 negara, Low Wee Wern sudah tidak sabar untuk kembali beraksi pada kejohanan kompetitif selepas lama menyepi daripada saingan antara­bangsa.

Kata Wee Wern, dia dijadual­kan menyertai kejohanan Antara­bangsa El Gournal di Mesir bulan depan serta Terbuka Britain di Hull, England Jun nanti.

Dia yang juga pemain No. 25 dunia turut mengakui sudah tidak sabar untuk kembali beraksi pada kejohanan kompetitif selepas lebih setahun berehat gara-gara kecederaan dan pandemik Covid-19.

“Selepas lebih setahun tidak beraksi secara kompetitif, saya akan ke Mesir pada Mei nanti. Sementara itu, Jun nanti saya akan bermain untuk Terbuka Britain. Saya harap berjalan lancar nanti.

“Sudah tentu ada rasa sedikit kecewa kerana lama tidak beraksi pada kejohanan kompetitif. Oleh itu, saya sudah tidak sabar untuk kembali beraksi di pentas antara­bangsa,” kata Wee Wern.

Selepas menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 sebelum ini, pemain kelahiran Pulau Pinang itu mengakui lega kerana memudahkan pergerakan untuk menyertai kejohanan serta melakukan latihan.

“Sebelum ini memang sukar untuk berlatih disebabkan pandemik, jadi dengan vaksin yang diterima akan memudahkan kami pergi ke kejohanan selain tidak perlu kuarantin terlalu lama.

“Selain itu, saya juga berharap untuk elak kecederaan serius seperti sebelum ini dan ia menjadi keutamaan. Saya sangat gembira dapat kembali ke gelanggang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI