fbpx

Dana RM5 bilion ambil kira kos vaksin untuk remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA – Dana RM5 bilion yang diperuntukkan bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sudah mengambil kira kos pemberian vaksin untuk golongan remaja dan stok penimbal.

Khairy Jamaluddin berkata, ketika ini, kerajaan menetapkan kos perolehan vaksin untuk 110 peratus populasi adalah RM3.16 bilion.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan membuat ketetapan awal untuk menambah lagi bekalan vaksin kepada golongan remaja dengan menetapkan had siling perolehan vaksin kepada RM3.5 bilion.

“Had siling itu juga mengambil kira ketetapan untuk memperolehi bekalan tambahan sebagai stok penimbal jika dos booster tambahan diperlukan,” katanya.

Katanya, beliau menjelaskan bahawa peningkatan dana RM5 bililon daripada RM3 bilion bagi pelaksanaan PICK adalah bagi menampung perbelanjaan mengurus pelaksanaan program itu.

Khairy berkata, kerajaan menetapkan peruntukan siling bagi perolehan vaksin dan logistik vaksin adalah RM3.5 bilion; sewaan dan utiliti (RM333 juta); perkakasan, bekalan pakai habis dan pelaksanaan pemberian vaksinasi (RM260 juta) serta pembersihan dan sanitasi (RM100 juta).

Katanya, kos lain adalah sagu hati sukarelawan bukan kesihatan (RM200 juta); integrasi data dan sistem janji temu (RM70 juta); program jangkauan komuniti dan advokasi vaksinasi (RM55 juta) dan sagu hati sukarelawan kesihatan (RM147 juta). K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI