fbpx

Arab Saudi musnahkan bot sarat dengan bom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOMBINASI gambar oleh SPA pada 27 Februari 2020 menunjukkan sebuah kediaman rosak dan serpihan di atas bumbung sebuah bangunan di Riyadh selepas serangan peluru berpandu oleh pemberontak Houthi. - AFP

RIYADH – Tentera Arab Saudi memusnahkan sebuah bot sarat dengan bahan letupan di perairan pelabuhan Yanbu di Laut Merah, kata kementerian pertahanan.

“Sebuah bot tanpa pemandu sarat dengan bom dipintas dan dimusnahkan pagi ini.

“Unit tentera laut berjaya mengesan dan mengawasi bot tersebut di  luar pantai  Yanbu di Laut Merah,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi SPA.

Belum ada kumpulan mengaku bertanggungjawab manakala  kementerian pertahanan masih menyiasat insiden tersebut.

Insiden itu berlaku ketika pertempuran di negara jiran Arab Saudi, Yemen semakin sengit. Perang yang berlaku adalah antara tentera kerajaan disokong Riyadh dan pemberontak Syiah Houthi.

Yanbu  terletak 860 kilometer ke timur Riyadh dan sekitar 975 kilometer ke utara sempadan Arab  Saudi dengan Yemen.

Pemberontak Houthi kini meningkatkan serangan untuk merampas rantau Marib yang kaya dengan sumber minyak. Marib merupakan kubu kuat terakhir kerajaan disokong Riyadh di utara Yemen.

Militia Houthi turut meningkatkan serangan dron dan peluru berpandu terhadap sasaran di Arab Saudi termasuk kemudahan minyaknya. Pemberontak tersebut pernah menggunakan bot yang sarat dengan bom untuk menyerang Arab Saudi pada masa lalu. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI