fbpx

Anggota polis samun, cabul wanita ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ALOR SETAR – Seorang anggota polis berpangkat konstabel ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes samun dan cabul seorang wanita berusia 29 tahun dalam kejadian di Jalan Putra di sini kelmarin.

Suspek berusia 20 tahun itu ditahan di pekarangan Balai Polis Kepala Batas di sini iaitu tempat dia bertugas pada pukul 2.45 pagi, semalam.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 5.30 petang, Ahad lalu ketika wanita terbabit berada di dalam keretanya di kawasan letak kenderaan di Jalan Putra di sini.

“Mangsa didatangi suspek yang menunjukkan kad menyerupai kad kuasa polis serta memperkenalkan diri sebagai pegawai polis Bukit Aman.

“Suspek kemudian masuk ke dalam kereta tersebut dan duduk di bahagian penumpang, seterusnya mengambil wang tunai berjumlah RM1,500 dari beg bimbit wanita berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya lagi, suspek juga didakwa menyentuh dada serta paha wanita itu secara sengaja.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 dan 354 Kanun Keseksaan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI